Showing posts with label Dana Pembangunan. Show all posts
Showing posts with label Dana Pembangunan. Show all posts

Thursday, 9 June 2016

Sumbangan YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim untuk Program Pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap.


Pihak Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap mengucapkan terima kasih atas Sumbangan dan Sokongan YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang. YB Dato' telah memberi sumbangan sebanyak RM1000.00 untuk program pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap.

Diharap sumbangan, sokongan dan kerjasama dari YB Dato' dapat membantu Akademi Bola Sepak Padang Terap mencapai objektif dalam melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Sumbangan disampaikan oleh Wakil Pejabat ADUN Kuala Nerang




Read more...

Tuesday, 19 April 2016

Sumbangan Dana Pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap

Pihak Akademi berharap program pembangunan yang telah dilaksanakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalm tempoh masa yang panjang. Pihak kami berharap semua pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini.

Bagi NGO, syarikat-syarikat swasta serta individu yang bermurah hati ingin menyumbang sila hubungi pihak Akademi. Setiap sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, kami akan cetak nama Syarikat tuan/puan pada Jersi Latihan Pemain Akademi dan pihak kami senaraikan setiap nama penyumbang di Laman Web Akademi (www.akademib12pt.blogspot.my) & di Laman Facebook Akademi (www.facebook.com/bolasepaku12) sebagai tanda penghargaan dari pihak kami. 

Kerjasama & Sokongan dari semua pihak amat di harapkan dalam membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, seterusnya dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Anggaran perbelaanjaan Akademi Tahun 2016

Penajaan Jersi Latihan Bola Sepak Akademi
Material : Microfiber
Cetakan : Depan & Belakang (penaja)
Harga : RM1200
(60 helai x RM20.00)


Penajaan Set Jersi Bola Sepak Akademi
Harga : RM1000
Kuantiti : 17 Set + 1 Penjaga Gol

Untuk membuat Tajaan @ sumbangan Dana Pembangunan
sila hubungi : 013-5336302

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP