Sunday, 31 July 2016

SK Naka muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Bawah 11

Pasukan SK Naka telah muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Bawah 11 anjuran Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap & Unit Koku SK Padang Terap. SK Naka menewaskan SK Tandop besar melalui tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.

Kejohanan ini disertai oleh 6 buah pasukan yang diadakan pada 30 Julai 2016 (Sabtu) bertempat di Padang SK Padang Terap

Senarai Pasukan :-
Kumpulan A
A1 : SK Padang Terap A
A2 : SK Tandop Besar
A3 : SK Kuala Nerang

Kumpulan B
B1 : SK Padang Terap B
B2 : SK Naka
B3 : SK Tunku Abd Rahman Putra

Pasukan SK Naka muncul Johan Bola Sepak B11

  Pasukan SK Tandop Besar muncul Naib Johan Bola Sepak B11

 
Zool Mifzal Iman dari SK Tandop Besar muncul Penjaring Terbanyak, manakala Pemain Terbaik dimenangi oleh Sawut dari SK Naka

Read more...

Thursday, 28 July 2016

KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 PADANG TERAP 2016 (JEMPUTAN).

Anjuran :-
Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, dengan kerjasama Unit Koku SKPT.

Tarikh :- 30 Julai 2016 (Sabtu)
Masa :- 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat :- Padang SKPT

KUMPULAN A
A1 : SK Padang Terap A
A2 : SK Tandop Besar
A3 : SK Kuala Nerang

KUMPULAN B
B1 : SK Padang Terap B
B2 : SK Naka
B3 : SK Tunku Abd Rahman Putra

HADIAH DITAWARKAN
- Johan : Piala Pusingan + Medals
- Naib Johan : Medals
- Pemain Terbaik
- Penjaring Terbanyak

Read more...

Wednesday, 27 July 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN MSSD PADANG TERAP 2016


TARIKH : 20 Ogos 2016 (Sabtu)

PADANG  :-
Kump A & C (Padang SK Tunku Abdul Rahman Putra)
Kump B & D (Padang SK Tandop Besar)

KUMPULAN A
A1 : SK Naka
A2 : SK Tunku Abdul Rahman Putra
A3 : SK Kurong Hitam
A4 : SK Toh Puan Sharifah Hanifah

KUMPULAN B
B1 : SK Tandop Besar
B2 : SK Lubuk Merbau
B3 : SK Kuala Nerang
B4 : SK Pedu

KUMPULAN C
C1 : SK Tualak
C2 : SK Padang Sanai
C3 : SK Panglima Awang
C4 : SK Lamdin

KUMPULAN D
D1 : SK Padang Terap
D2 : SK Bukit Tembaga
D3 : SK Nami
D4 : SK Kg Belukar

Yuran Pendaftaran RM50

Format Pertandingan :-
* Bilangan Pemain : 7 Sepasukan + simpanan 3 orang = 10 Pemain
* Masa : 7 Minit / Rehat (2 Min) / 7 minit (7/2/7)
* Johan & Naib Johan Kumpulan layak ke Suku Akhir
* Hadiah :-
Johan = Piala Pusingan + Medals
Naib Johan, Ketiga = Medal

Read more...

Thursday, 9 June 2016

Sumbangan YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim untuk Program Pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap.


Pihak Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap mengucapkan terima kasih atas Sumbangan dan Sokongan YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang. YB Dato' telah memberi sumbangan sebanyak RM1000.00 untuk program pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap.

Diharap sumbangan, sokongan dan kerjasama dari YB Dato' dapat membantu Akademi Bola Sepak Padang Terap mencapai objektif dalam melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Sumbangan disampaikan oleh Wakil Pejabat ADUN Kuala Nerang




Read more...

Friday, 27 May 2016

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) 2016.


Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Padang Terap telah muncul Naib Johan Kumpulan A, setelah berjaya mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan pada peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir MSSK 2016.

Keputusan Perlawanan :
Padang Terap (0) - Kubang Pasu (4)
Padang Terap (2) - Pendang (1)
Padang Terap (2) - Kuala Muda Yan (1)

Separuh Akhir :
Padang Terap (0) - Kota Setar (2)




 

Read more...

Thursday, 28 April 2016

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016

Pusingan Awal Peringkat Kumpulan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016 telah di adakan pada tarikh 26 - 28 April 2016 (Selasa - Khamis) lalu.

Masa :-
7.30 pagi - 10.00 pagi (Sesi pagi), & 5.00 ptg - 7.00 ptg (Sesi Petang)

Bertempat di :
1. Padang SK Naka (Kump A)
2. Padang SK Pedu (Kump B)
3. Padang SK Padang Terap (Kump C)
4. Padang SK Seri Bakti (Kump D)





UNDIAN PERINGKAT SUKU AKHIR

Read more...

Tuesday, 19 April 2016

Sumbangan Dana Pembangunan Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap

Pihak Akademi berharap program pembangunan yang telah dilaksanakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalm tempoh masa yang panjang. Pihak kami berharap semua pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini.

Bagi NGO, syarikat-syarikat swasta serta individu yang bermurah hati ingin menyumbang sila hubungi pihak Akademi. Setiap sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, kami akan cetak nama Syarikat tuan/puan pada Jersi Latihan Pemain Akademi dan pihak kami senaraikan setiap nama penyumbang di Laman Web Akademi (www.akademib12pt.blogspot.my) & di Laman Facebook Akademi (www.facebook.com/bolasepaku12) sebagai tanda penghargaan dari pihak kami. 

Kerjasama & Sokongan dari semua pihak amat di harapkan dalam membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, seterusnya dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Anggaran perbelaanjaan Akademi Tahun 2016

Penajaan Jersi Latihan Bola Sepak Akademi
Material : Microfiber
Cetakan : Depan & Belakang (penaja)
Harga : RM1200
(60 helai x RM20.00)


Penajaan Set Jersi Bola Sepak Akademi
Harga : RM1000
Kuantiti : 17 Set + 1 Penjaga Gol

Untuk membuat Tajaan @ sumbangan Dana Pembangunan
sila hubungi : 013-5336302

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP