LATAR BELAKANG
Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak yang rapi seperti di Amerika Syarikat. Ada juga negara yang telah berjaya mewujudkan satu ekosistem tersusun yang dilaksanakan dengan berkesan seperti di Jepun. Pokok pangkalnya, pendekatan yang diguna pakai oleh kuasakuasa besar bola sepak di dunia adalah pelan jangka panjang yang memakan masa agak lama untuk membuahkan hasil.
Menyedari hakikat itu, hasil inisiatif beberapa orang guru yang sangat berminat dan berkemahiran dalam bidang bola sepak untuk berusaha membantu membentuk satu ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi yang lebih sistematik dan menyeluruh. Maka cadangan mewujudkan sebuah Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap telah dihasilkan pada November 2015.
Objektif utama Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.
MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan khususnya Sukan Bola Sepak. Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
OBJEKTIF
3.1 Untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar bawah 12 tahun untuk mewakili sekolah dan daerah seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
3.3 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid dan guru-guru serta Ibubapa.
3.4 Mencungkil dan mengilap bakat murid dalam permainan bola sepak
3.5 Membentuk pemain yang berdaya saing yang tinggi serta bercita-cita besar dalam arena bola sepak.
3.6 Melahirkan pemain yang komited dan bersahsiah
3.7 Mengenalpasti bakat untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah dan Pasukan Daerah Padang Terap.
VISI AKADEMI B12
Untuk melahirkan ramai bakat pemain bola sepak yang berkualiti dan konsistan
MISI AKADEMI B12
Untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.
LAMAN WEB AKADEMI
Website : www.akademib12pt.blogspot.my
Facebook : www.facebook.com/bolasepaku12
Email : akademi12pt@gmail.com
VISI AKADEMI B12
Untuk melahirkan ramai bakat pemain bola sepak yang berkualiti dan konsistan
MISI AKADEMI B12
Untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.
LAMAN WEB AKADEMI
Website : www.akademib12pt.blogspot.my
Facebook : www.facebook.com/bolasepaku12
Email : akademi12pt@gmail.com